Kes bunuh Jong Nam: Agen saraf VX dikesan pada lengan baju Doan - Jabatan Kimia

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 5, 2017 12:16 MYT
Bahan degradasi agen VX ditemukan pada pakaian Doan Thi Huong. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Agen saraf VX, kompaun degradasi dan kompaun petanda (precursor) ditemui pada baju-T tertera 'LOL' yang dipakai tertuduh warga Vietnam, Doan Thi Huong.
Ia dibuktikan hasil ujian makmal yang dijalankan Ketua Makmal Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Raja Subramaniam.
Bahan itu yang disenarai dalam Konvensyen Senjata Kimia dijumpai di bahagian lengan baju tersebut.
Malah, kompaun degradasi agen saraf VX turut ditemui pada cebisan kuku Doan yang juga antara sampel yang diuji.
Sementara itu, Dr Raja yang merupakan saksi kelapan mendedahkan kompaun degradasi agen saraf VX ditemui pada pakaian yang dipakai tertuduh warga Indonesia, Siti Aisyah semasa kejadian tersebut.
"Penemuan kompaun degradasi VX adalah daripada kompaun premier agen saraf VX.
"Kewujudan kompaun petanda dan agen saraf VX jelas membuktikan agen saraf VX dan kewujudan kompaun produk degradasi dari agen saraf VX turut membuktikan kewujudan agen saraf VX," katanya pada perbicaraan hari keempat kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam.

Agen saraf VX, kompaun degradasi dan kompaun petanda ditemui pada baju t-shirt 'LOL' yang dipakai tertuduh warga Vietnam, Doan. @501Awani

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ia dibuktikan hasil uji kaji Ketua Makmal, Pusat Analisis Agen Senjata Kimia, Jabatan Kimia, Dr S. Siva @501Awani pic.twitter.com/rfnfGhGzIh

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bahan itu yang disenarai dalam Konvensyen Senjata Kimia dijumpai di bahagian lengan baju 'LOL' Doan. @501Awani pic.twitter.com/kGUUm19vWt

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau yang merupakan pakar dalam bidang agen senjata kimia turut mengakui agen saraf VX mudah dibawa dan dipindahkan.
"Agen saraf VX sangat mudah dipindahkan. Tidak merbahaya jika dipindahkan ke dalam bekas. Malah ia boleh dipindahkan menggunakan botol air mineral," ujarnya.

Malah, kompaun degradasi agen saraf VX turut ditemui pada cebisan kuku Doan yang juga antara sampel yang diuji. @501Awani

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Agen saraf VX sngt mudah dipindahkan. Tak merbahaya jika dipindahkan ke dalam bekas termasuk botol air mineral - Dr Raja @501Awani

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dr Raja, saksi kelapan dedahkan kompaun degradasi agen saraf VX ditemui pada baju warga Indonesia, Siti Aisyah semasa kejadian. @501Awani

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, beliau turut mendedahkan impak agen saraf VX bersandarkan kepada kajian yang dilakukan terhadap manusia.
"Jika anda terdedah (dengan agen saraf VX) di tapak tangan dan muka, ia memerlukan lebih 26 kali tambah daripada jumlah yang dapat diletakkan di muka.
"Ini kerana pipi muka lebih sensitif berbanding tapak tangan di mana tapak tangan mempunyai tahap kedekatan (proximity) darah yang rendah dan lebih banyak tisu lemak," ujarnya.
Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin ditangguhkan 12.30 tengah hari dan bersambung dengan saksi sama pada pukul 2 petang.
#Azmi Ariffin #doan thi huong #Jabatan Kimia #kim jong nam #Kim Jong Un #Saraf VX #siti aisyah #Waga Korea Utara
;