Kes bunuh dua pelajar Britain, penjual ikan dihukum gantung sampai mati
Astro Awani
Mac 31, 2015 15:00 MYT
Mac 31, 2015 15:00 MYT
Mahkamah Tinggi Kuching hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penjual ikan selepas didapati bersalah membunuh dua pelajar perubatan warga Britain Ogos tahun lalu.
Tertuduh Zulkipli Abdullah, 24 tahun, dari Kampung Gersik didapati berniat membunuh kedua-dua mangsa.
Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan pada akhir kes pembelaan.
Aidan Brunger, 23 tahun, dan Neil Dalton, 22 tahun, dibunuh di antara jam 4.10 dan 4.15 pada pagi 6 Ogos tahun lalu berhampiran Jalan Abell, Kuching.
Tertuduh diwakili peguam Anthony Tai manakala pihak pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Poh Yih Tinn dan Mohd Iskandar Ahmad.
Selain ahli keluarga Zulkipli, turut hadir ke mahkamah adalah bapa kepada Aidan Brunger yang hadir bersama pegawai-pegawai Pesuruhjaya Tinggi British.
#Aidan Brunger
#hukuman gantung
#mahkamah
#Neil Dalton
#pelajar perubatan
#penjual ikan
#Zulkipli Abdullah