KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa dia tidak mereka-reka cerita mengenai remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Siti Bainun, 31, berkata, dia mengambil pendekatan seperti ibu-ibu lain untuk memberikan rawatan terbaik kepada anak-anak jagaannya termasuk Bella, jika mereka sakit.
"Ia bergantung pada tahap sakit anak saya dapat ditahan atau tidak dapat ditahan. Jika anak-anak memerlukan apa-apa, saya akan beri bergantung pada masa dan keadaan. Sekiranya mereka perlukan saya untuk bercerita... saya sentiasa ada," katanya semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan bela diri wanita itu yang didakwa mengabai dan menganiaya Bella.
Tertuduh turut bersetuju dengan cadangan Nor Azizah bahawa dia memberi layanan sama rata kepada semua anak jagaannya.
Bagaimanapun, Siti Bainun tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa dia tidak berjumpa dengan doktor semasa Bella dibawa ke sebuah klinik di Setapak.
Pada prosiding sebelum ini, saksi pendakwaan ke-16, Dr Rashid Khan Khan Mohamad dari Klinik Setapak dan Surgeri memberitahu mahkamah, Siti Bainun ada berjumpa dengannya pada 2 Jun 2021 untuk mendapatkan ubat bagi rawatan kecederaan air panas.
Siti Bainun berkata, dia berasa pelik apabila rakan baiknya Zurianty Sudin memaksanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan COVID-19 sedangkan keadaan kesihatannya baik.
"Dia cakap kalau you tak nak pergi hospital, you akan berpisah dengan dia orang (penghuni Rumah Bonda) dengan cara paling sedih. Saya berasa pelik sebab saya tahu dia tidak akan ambil tahu tentang saya dan dia juga tidak pernah ambil tahu keadaan kesihatan anak-anak saya," katanya.
Disoal peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf berhubung tindakan Zurianty memberikan peringatan sedemikian, Siti Bainun berkata mungkin wanita itu ingin merakam video Bella yang kononnya didera semasa ketiadaannya di rumah.
"Saya memang tak sangka dia boleh buat sehingga ke tahap itu kerana sebelum ini kami okey saja. Kami kurang berhubung hanya selepas saya ada anak-anak dan komitmen saya sendiri. Malah kami juga sering bercanggah pendapat," katanya.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Siti Bainun Ahd Razali (kiri) memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dia tidak mereka-reka cerita mengenai remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. - Gambar BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.

'Saya diberitahu Bella terkena air panas semasa bergaduh dengan penghuni lain' - Saksi
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri Siti Bainun.

Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengakui bahawa kecederaan pada Bella berlaku, semasa remaja perempuan sindrom Down itu berada di kondominiumnya di Wangsa Maju di sini.

Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun
Siti Bainun turut menyifatkan Bella seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.

Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.

Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.

Kes Siti Bainun: Bella selesai bagi keterangan hari ini
Remaja itu mula memberi keterangan pada 10.30 pagi dan selesai pada pukul 12.40 tengah hari tadi.

Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi
Rakaman itu dikatakan sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.

Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat
Tindakan ini bagi membela nasib setiap kanak-kanak yang didera dan dianiaya seperti yang terjadi pada Bella dan Alia.

Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun
Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella pernah menjadi mangsa amang seksual.