Kes baharu satu angka, ini tumpuan kenyatan media KKM hari ini

Hasimi Muhamad
Jun 23, 2020 17:17 MYT
Bilangan kes yang direkodkan itu adalah yang terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan sebanyak tiga kes baharu harian direkodkan di negara ini, sekali gus menjadi antara bilangan kes harian terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
Berikut lima tumpuan dalam kenyataan media KKM pada Selasa:
1. Sembilan kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj. Jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 8,186 kes atau 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
2. Tiga kes baharu, semuanya penularan dalam negara membabitkan dua warga asing dan seorang warganegara Malaysia. Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 adalah sebanyak 8,590 kes.
3. Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Malaysia kekal 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
4. KKM memaklumkan Kluster Persidangan Gereja di Kuching, Sarawak telah tamat. Sehingga 23 Jun, seramai 2,751 telah disaring dan 191 kes positif COVID-19.
5. Pembukaan sekolah pada 24 Jun adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang telah disediakan.
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #Kuching #Malaysia #Media #operasi #perintah kawalan pergerakan #PKP
;