Kes baharu kembali ke dua digit: Ini lima tumpuan kenyataan media COVID-19

Astro Awani
Ogos 23, 2020 17:26 MYT
Kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali ke dua digit hari ini berbanding satu digit semalam.
KES baharu COVID-19 di Malaysia kembali ke dua digit hari ini berbanding satu digit semalam (Sabtu, 22 Ogos).
Ini lima tumpuan kenyataan media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah:
1) 10 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,267 kes.
2) Lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara. Manakala, dua kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster Tawar di Kedah.
3) 10 kes pulih COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 8,959 kes.
4) Sembilan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.
5) Tiada pertambahan kes kematian melibatkan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal 125 kes.
#COVID19 #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #Kedah #kes positif #kesihatan #koronavirus #Malaysia #Media #Noor Hisham Abdullah #unit rawatan rapi
;