Kes baharu kembali dua digit, ini lima tumpuan kenyataan media COVID-19
Astro Awani
Ogos 5, 2020 17:20 MYT
Ogos 5, 2020 17:20 MYT
Kes baharu COVID-19 kembali ke dua digit berbanding satu digit semalam.
Ini lima tumpuan dalam kenyataan media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai COVID-19 hari ini:
1. Sejumlah 21 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,023 kes.
2. 15 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia
3. Enam kes adalah penularan dalam negara iaitu melibatkan warganegara Malaysia di mana tiga kes daripada Kluster Sivagangga.
4. Bagi kluster Sivagangga, sehingga 5 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, 24 kes dikesan positif COVID-19, 754 negatif dan 869 masih menunggu keputusan.
5. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 125 kes.
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes import
#kes positif
#Kluster Sivagangga
#koronavirus
#Malaysia
#Media