Kes baharu empat angka masih jadi tumpuan sidang media KKM
Hilmi Malik
Januari 13, 2021 18:41 MYT
Januari 13, 2021 18:41 MYT
PUTRAJAYA: Empat kes kematian baharu direkodkan dan dua kes import yang menerima jangkitan dari luar negara menjadi antara tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu (13 Januari).
1. 2,985 kes baharu COVID-19, jumlah keseluruhan kini 144,518 kes.
2. Empat kes kematian baharu, jumlah kumulatif menjadi 563 kes.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan telah menjadi 32,377 kes.
4. 197 kes sedang dirawat di ICU, 79 kes perlukan bantuan pernafasan.
5. KKM melaporkan pertambahan sebanyak 11 kluster baharu.