Kes baharu COVID-19 terus menurun, ini lima tumpuan kenyataan KKM

Astro Awani
Mac 15, 2021 18:38 MYT
KKM melaporkan terdapat pertambahan 13 lagi kluster baharu. - Gambar fail
KES jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan hari ini. Bagaimanapun, negara merekodkan 13 lagi kluster baharu yang kebanyakannya melibatkan tempat kerja.
Berikut lima tumpuan dalam kenyataan media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini:
1. 1,208 kes baharu COVID-19, jumlah kes keseluruhan 324,971 kes.
2. Tiga kes kematian baharu, jumlah kumulatif 1,213 kes.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 15,511 kes.
4.1,973 kes sembuh dilaporkan, jumlah kumulatif 308,247 kes.
5. KKM melaporkan pertambahan 13 lagi kluster baharu.
BACA: COVID-19: 1,208 kes baharu, 1,973 sembuh dan 3 kematian
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Media #kesihatan #Malaysia #COVID-19 #listicle
;