Kes baharu COVID-19 masih tiga digit: Ini lima tumpuan sidang media KKM

Astro Awani
Oktober 9, 2020 18:28 MYT
Ini lima tumpuan sidang media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes positif COVID-19 di Malaysia masih mencatat tiga digit dengan Sabah masih mencatat angka tertinggi, setakat ini.
Berikut lima tumpuan sidang media KKM bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini:
1. 354 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,722 kes.
2. Sabah mencatat 274 kes, Kedah (10 kes), Selangor (24 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10 kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (dua kes). Manakala, dua kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan warganegara Malaysia yang mengembara dari India dan Oman.
3. Sejumlah 188 kes yang telah pulih COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,707 kes. DAPATKAN DATA DAN STATISTIK KES COVID-19 DI MALAYSIA
4. Enam kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 152 kes (1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
5. Tiga kluster baharu telah dikenal pasti iaitu Kluster Atap, di daerah Kota Kinabalu, Sabah, Kluster Bah Lada, Perak dan Kluster Bah Sahabat, Terengganu.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #COVID19 #Kementerian Kesihatan Malaysia #Sabah #Kedah #Selangor #India #Oman #Kluster Atap #Kluster Bah Lada #Kluster Bah Sahabat
;