Kes baharu COVID-19 masih empat digit, ini lima tumpuan sidang media KKM

Astro Awani
Disember 14, 2020 10:59 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan dua lagi kluster baharu COVID-19 melibatkan tempat kerja dikenal pasti iaitu Kluster Solar Ria dan Kluster Senu Setia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 hari ini kekal pada empat digit.
Berikut lima tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai COVID-19 hari ini:
1. Kes baharu COVID-19 merekodkan 1,371 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 84,846 kes
2. Selangor masih kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu 532 kes
3. Kes sembuh COVID-19 adalah 1,204 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID19 adalah 70,597 kes
4. Terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah 419 kes
5. Dua lagi kluster baharu COVID-19 melibatkan tempat kerja dikenal pasti iaitu Kluster Solar Ria dan Kluster Senu Setia
#listicle #KKM #COVID-19