Kerugian akibat 'forex': Ia berlaku 25 tahun lepas - Bank Negara

Astro Awani
Januari 27, 2017 11:43 MYT
Bank Negara menegaskan agar semua pihak fokus kepada memastikan sistem kewangan yang kukuh dan stabil, ditengah-tengah suasana ekonomi yang mencabar dan tidak menentu. - Gambar fail
Laporan media tempatan berkenaan kerugian tukaran asing (forex) bernilai AS$10 bilion berlaku 25 tahun lepas, kata Bank Negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Negara pada Jumaat, bank pusat tersebut menegaskan ia kini semakin kukuh, telus dan bertanggungjawab.
Tambahnya ia telah bergerak ke hadapan susulan daripada isu tersebut.
Bank pusat itu membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa bank tersebut kerugian hampir RM44 bilion melalui kegiatan perdagangan matawang dari 1991 ke 1993.
Memetik kenyataan seorang pegawai kanan Bank Negara pada ketika itu jumlah berkenaan adalah jauh lebih besar daripada angka yang dilaporkan bank pusat itu.
Dalam kenyataan terkini, Bank Negara menegaskan agar semua pihak fokus kepada memastikan sistem kewangan yang kukuh dan stabil, ditengah-tengah suasana ekonomi yang mencabar dan tidak menentu.
#25 tahun #Bank Negara #forex #rugi
;