Kertas siasatan klip video kontroversi Teresa Kok dihantar ke Jabatan Peguam Negara
Bernama
Februari 13, 2014 07:30 MYT
Februari 13, 2014 07:30 MYT
Kertas siasatan melibatkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang menimbulkan kontroversi telah siap dan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AG) pada Jumaat.
Ketika dihubungi Bernama, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata ia untuk tindakan lanjut AG.
Kok yang juga naib pengerusi DAP didakwa terbabit dalam penerbitan klip video itu yang tersebar melalui YouTube.
Dalam klip video berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu-ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Mereka telah mengeluarkan kenyataan menyindir, antaranya tentang pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.
Kok memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Khamis manakala tiga lagi pelakon dalam video klip itu memberi keterangan kepada polis pada 11 Feb lepas.