Kerjasama pintar agensi kerajaan, elak pertindihan tugas - TPM

Hafiz Marzukhi
Januari 26, 2018 13:07 MYT
ZAHID dan Noh menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama antara PDRM dan JBPM di sini. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Agensi kerajaan digalakkan untuk menjalinkan kerjasama pintar untuk memastikan tiada pertindihan tugas berlaku.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini penting bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisen selain sampai kepada rakyat.
"Kita mahukan menyenangkan rakyat. Jika perkhidmatan yang diberikan efisen, saya pasti semua perkara dapat dikendalikan dengan baik," kata beliau.
Datuk Seri Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Nota kerjasama itu ditandatangani bagi memastikan kedua-dua pihak mengendalikan kes-kes berkaitan jenayah dan kebakaran secara efisen.
Turut hadir ketika majlis itu adalah Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
#Ahmad Zahid Hamidi #bomba #jenayah #kebakaran #Ketua Polis Negara #kolaborasi pintar #Noh Omar #pertindihan tugas #rakyat #Timbalan Perdana Menteri
;