KUALA LUMPUR: Malaysia kini giat memacu usaha bagi merancakkan industri semikonduktor selain bersedia terhadap lonjakan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dari segi permintaan cip berkuasa tinggi.
Namun hakikatnya, keberkesanan pelaksanaan perancangan berkenaan menjadi kunci kejayaan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) yang dilancarkan bersempena penganjuran acara berskala besar SEMICON Asia Tenggara 2024 selama dua hari yang berakhir pada Khamis.
Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila kerajaan mendapat pujian kerana memberi reaksi pantas terhadap usaha penting kehadiran era baharu AI menerusi langkah memperkenalkan NSS.
Jika diamati, kaitan penting NSS adalah statusnya sebagai satu dokumen 'hidup' dan sentiasa berkembang susulan persaingan global dalam sektor itu yang sememangnya sengit.
Apatah lagi, limpahan manfaatnya yang menanti juga lumayan, termasuk potensi ekonomi yang ketara, terutama dalam penjanaan peluang pekerjaan.
Oleh itu, bagi meraih manfaat ekonomi itu, kesemua pihak berkepentingan perlu tampil menggembleng tenaga dalam satu arah bagi mewujudkan industri semikonduktor yang kukuh bagi negara ini.
Tidak kiralah sama ada kementerian, kerajaan negeri, penggiat berkaitan industri atau institusi pengajian tinggi, perlu bertindak berani dengan mengetepikan perbezaan masing-masing dan mencari titik persefahaman dan menerima satu matlamat sama serta memainkan peranan untuk pelaksanaan NSS secara berkesan.
Kerjasama tempatan pelengkap ekosistem
Sehubungan itu, adalah penting bagi semua pihak berkepentingan untuk memperkemas kekuatan serta bidang keutamaan ke arah matlamat sama iaitu NSS dan membuang tabiat lama untuk lebih cenderung berharap kepada pihak lain.
Sepertimana yang terbukti, Pulau Pinang dianggap sebagai Lembah Silikon Timur dan kini masih menjadi pilihan utama untuk pelaburan langsung asing susulan ekosistemnya yang mantap dan boleh dicontohi oleh negeri-negeri lain.
Atas alasan ini, bidang kuasa negeri serta agensi Persekutuan tidak boleh membiarkan kekangan birokrasi menjadi penghalang yang menyebabkan pelaksanaan NSS terjejas.
Ini penting bagi memastikan keseluruhan Malaysia mampu menjadi lokasi menarik untuk kalangan syarikat semikonduktor asing yang mahu beralih mencari destinasi baharu susulan perang cip Amerika Syarikat (AS) dan faktor kos yang meningkat.
Perkara itu turut ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu melancarkan NSS pada awal minggu ini - Malaysia perlu tangkas dan berupaya menyesuaikan diri "dengan mengukuhkan asas kita untuk konteks serta keadaan yang berbeza."
Mesej beliau juga jelas - kalangan pembuat dasar Malaysia dan industri semikonduktor mesti bertindak segera selain fleksibel untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI).
Selain pelawaan agar pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi sokongan.
Ini termasuk sokongan inisiatif bagi memudahcara perdagangan, aliran pelaburan, perjalanan perniagaan dan membolehkan institusi, termasuk pusat kecemerlangan, universiti, cabang penyelidikan serta persatuan industri untuk memacu inovasi, menjalankan penyelidikan serba maju dan memupuk bakat untuk industri semikonduktor.
Persoalannya, adakah pihak berkepentingan ini bersedia untuk menyahut cabaran ini?
Kerjasama serantau bagi memupuk bakat, memudahcara mobiliti
Di peringkat global, industri itu berdepan cabaran kritikal - menarik dan mengekalkan bakat serta menangani jurang kemahiran yang besar akibat kemajuan tekknologi yang pesat.
Justeru, tiba masanya untuk kita bertindak membawa balik bakat tempatan yang berkhidmat di luar negara dan menarik bakat asing yang penting dalam usaha membangunkan sektor di negara-negara jiran dan lainnya untuk memastikan kejayaan pelaksanaan NSS.
Bagi memenangi persaingan merebut bakat ini, sektor korporat ini perlu menawarkan gaji yang amat kompetitif.
Sejajar dengan perkara itu, saranan mantan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming mengenai keperluan Malaysia dan negara-negara jiran untuk bekerjasama dalam membangunkan hab semikonduktor baharu, wajar dipertimbangkan.
Beliau berkata Malaysia boleh memulakan usaha itu dengan Singapura bagi menjadikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai hab semikonduktor baharu, memudahcara aliran bakat dengan potensi mobiliti atau pergerakan bebas pasport untuk pekerja kedua-dua negara.
Ia juga menjadi kaedah menarik bagi mengelak perang bakat atau tindakan 'mencuri' pakar semikonduktor dan jurutera mahir (yang sedang berkhidmat) - satu amalan dalam kalangan firma semikonduktor, terutamanya di tengah-tengah kekurangan minat membabitkan pelajar dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Mengikut Kementerian Pendidikan, kemasukan pelajar dalam aliran STEM adalah rendah pada 45.73 peratus pada 2023.
Di bawah NSS, Malaysia bersedia untuk menarik pelaburan bernilai sekurang-kurangnya RM500 bilion, membangunkan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan dalam reka bentuk dan pembungkusan canggih dengan perolehan antara RM1 bilion dan RM4.7 bilion selain berharap untuk membimbing sekurang-kurangnya 100 syarikat berkaitan semikonduktor dengan pendapatan hampir RM1 bilion (US$210 juta), sekali gus mewujudkan bayaran gaji lebih tinggi untuk pekerja Malaysia.
Bagi mencapai sasaran itu, Malaysia akan membangunkan hab penyelidikan dan pembangunan global bagi semikonduktor yang mengetengahkan universiti bertaraf dunia, korporat dan pusat kecemerlangan selain memupuk 60,000 jurutera berkemahiran tinggi Malaysia.
Jelaslah, kerajaan telah mengetengahkan platform bagi mengupayakan sektor semikonduktor meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai serta membolehkan Malaysia untuk kembali muncul sebagai destinasi pilihan untuk firma global.
Di sebalik persaingan sengit bagi mendapatkan FDI, Malaysia juga tidak boleh ketinggalan dalam perlumbaan semikonduktor yang menjanjikan limpahan manfaat besar dari segi pendapatan, pekerjaan, peningkatan teknologi dan kemahiran, inovasi dan pertumbuhan ekonomi.
Apa yang pasti, NSS perlu dijayakan dalam apa jua keadaan dan kos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024

Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila kerajaan mendapat pujian kerana memberi reaksi pantas terhadap usaha penting kehadiran era baharu AI menerusi langkah memperkenalkan NSS. - Gambar fail/Amanz

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

xAI milik Elon Musk perkenal model Grok 3 saingi ChatGPT, Gemini
xAI milik Elon Musk telah memperkenalkan model kecerdasan buatan (AI) terbaharunya, Grok 3, yang didakwa lebih baik berbanding ChatGPT keluaran OpenAI.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Korea Selatan gantung muat turun aplikasi DeepSeek atas kebimbangan privasi
Kerajaan Korea Selatanmenggantung sementara muat turun aplikasi kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China berikutan kebimbangan mengenai privasi.

Elon Musk umum pelancaran Grok-3 pada 18 Februari
Elon Musk turut mengatakan Grok-3 akan menjadi model kecerdasan buatan paling pintar di pasaran jikalau dibandingkan dengan pelbagai penyedia lain.