Kerjasama bukan bersifat politik pilihan raya antara Pas dan UMNO merupakan satu keperluan kepada Islam, kata Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Malah, menurut Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas itu, kerjasama yang terjalin sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) antara dua parti Melayu itu sangat-sangat membantu dalam memberikan keuntungan kepada umat Islam.
Katanya, kerjasama yang terjalin dalam pelbagai perkara itu dilihat semakin baik dan boleh diteruskan bagi membentuk satu hubungan yang lebih akrab.
"Ya, setakat ini (ia) sangat-sangat membantu, dan memberikan keuntungan kepada Islam, masyarakat Melayu, (dari) banyak aspek. Ia dilihat sebagai satu keperluan yang ada sekarang.
"Kita mengadakan hubungan sudah lama, sebelum pilihan raya. Pas-UMNO sangat terbuka, asalkan matlamat dibawa ada persamaan. Di masa hadapan, (kita) akan buat keputusan lebih khusus berhubung perkara ini," kata Nik Muhammad Zawawi.
Pas juga, katanya, perlu melihat reaksi penyokong parti itu dan penyokong UMNO dalam menilai semula kerjasama itu kerana agama meletakkan asas supaya umat Islam bersatu.
Namun, sehingga kini, kata Nik Muhammad Zawawi, tiada perbincangan khusus dalam Majlis Syura mengenai gabungan dengan UMNO dalam satu pakatan.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan ada satu ketetapan khusus dari majlis itu berhubung kedudukan antara dua parti itu.
Majlis Syura merupakan badan tertinggi dalam Pas yang boleh membuat ketetapan terhadap hala tuju parti.
Muhafandi Muhamad
Thu Dec 06 2018
Nik Muhammad Zawawi berkata Pas perlu melihat reaksi penyokong kedua-dua parti dalam menilai semula kerjasama itu kerana agama meletakkan asas supaya umat Islam bersatu. - Gambar fail
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
PDP, PSB bergabung pada Disember depan - Tiong
Tiong ketika mengesahkan perkara itu berkata, kesepakatan itu telah mendapat restu Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Digi dapat kebenaran pemegang saham untuk cadangan penggabungan dengan Celcom
Kelulusan pemegang saham Digi dan Axiata Group Bhd adalah antara langkah terakhir dalam proses kelulusan penggabungan.
CSM-ACE digabung ke dalam Cyber DSA - Annuar Musa
Ia bakal menyaksikan penglibatan pemain industri siber dari rantau Asia, selain petugas keselamatan dan ketenteraan.
Kerajaan kaji gabung dos AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech - Khairy
Cadangan itu sudah dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dua minggu lalu.
Saham Axiata meningkat susulan pelan penggabungan kekal berjalan lancar
Pada 9.39 pagi, saham itu naik 4.0 sen kepada RM3.96 dengan 440,000 saham bertukar tangan.
Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber
Ahmad Zahid menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang BN daripada bergabung dengan PN walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.
Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak.
UEM Sunrise, EcoWorld fail permohonan bergabung - Laporan Bursa
Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham terbesar bagi kedua-dua syarikat ini selepas penggabungan, melalui pegangan saham mereka dalam syarikat UEM Group.
Federer, Nadal cadang penggabungan ATP, WTA
Kedua-dua kejohanan lelaki (ATP) dan wanita (WTA) terpaksa ditangguhkan, sekurang-kurangnya sehingga pertengahan Julai susulan wabak coronavirus.
Nama baharu universiti akan diputus selepas perkenan Sultan Mizan
Maszlee telah meminta jawatankuasa khas itu memberi idea serta mencipta beberapa nama yang bersesuaian agar universiti terbabit tidak menenggelamkan nama masing-masing.