SAMARKAND: Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Beliau berkata, Malaysia, sejak satu setengah tahun lepas dilihat sebagai hab semikonduktor mikrocip di rantau Asia Tenggara menerusi banyak pelaburan daripada syarikat asing utama.
"Keupayaan masa depan kita, kebolehan kita untuk membina kekuatan kita sendiri dalam kalangan ekonomi sedang pesat membangun...itulah kita Uzbekistan dan Malaysia," kata Anwar dalam ucapan beliau pada Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia di Silk Road Samarkand Complex, di sini, pada Sabtu.
Kira-kira 200 syarikat dari kedua-dua negara menghadiri forum perniagaan itu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.
Anwar berkata kedua-dua negara perlu fokus untuk menjalin kerjasama dalam bidang seperti transformasi digital, peralihan tenaga dan juga pembangunan halal.
Menurut beliau, selain menjalin perkongsian, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara juga meningkat dari tahun ke tahun.
"Kita kena tingkatkan kerjasama (antara kedua-dua negara). Kita boleh mempermudahkan proses (kemudahan menjalankan perniagaan)," kata Perdana Menteri.
Pada 2023, perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan berjumlah RM451.1 juta (AS$94.03 juta), dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) manakala import sebanyak RM1.99 juta (AS$414,518).
Anwar ketika ini berada di Uzbekistan bagi lawatan rasmi selama tiga hari yang bermula dengan ketibaan beliau di Tashkent, ibu kota negara itu pada Jumaat.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia yang turut mengiringi Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Anwar berjabat tangan bersama rakan sejawatannya dari Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev ketika lawatan rasmi Perdana Menteri di negara itu. - Foto X/Wisma Putra
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
Hubungan diplomatik Malaysia-Korea dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.