Kerjasama Malaysia dengan Rusia, China, India beri manfaat kepada ekonomi - PM Anwar
Bernama
September 6, 2024 12:16 MYT
September 6, 2024 12:16 MYT
MOSCOW: Kerjasama dengan Rusia, China dan India akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.
"Isu pemusatan dan penglibatan dengan Amerika Syarikat yang masih merupakan pemain utama dari segi pelaburan dan perdagangan dengan Malaysia, dengan Eropah terutamanya Jerman dan lebih-lebih lagi sekarang dengan China, India dan Rusia, ini akan memberi manfaat kepada kita," kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).
Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa hingga 6 September di kampus Universiti Persekutuan Timur Jauh di Vladivostok.
Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu.
-- BERNAMA