Kerjasama dengan kementerian bagi atasi masalah air di Kelantan - Ahmad Jazlan

Bernama
Julai 8, 2016 07:27 MYT
AHMAD JAZLAN: Kementerian sentiasa mendengar keluhan daripada rakyat berkaitan soal ini dan rintihan itu menunjukkan seolah-olah AKSB telah gagal menguruskan bekalan air itu. - Gambar fail
Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) perlu bekerjasama dengan kementerian berkaitan bagi menyelesaikan masalah air di Kelantan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata anak syarikat kerajaan Kelantan itu perlu bersikap lebih terbuka dalam menyelesaikan masalah berkenaan kerana ia melibatkan penduduk negeri.
"Kami (KKLW) sentiasa mendengar keluhan daripada rakyat berkaitan soal ini dan rintihan itu menunjukkan seolah-olah AKSB telah gagal menguruskan bekalan air itu.
"Mereka (AKSB) perlu lakukan pengurusan bersama...bagi membawa masuk golongan profesional dalam pergurusan bekalan air," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera SUKMA XVIII di Dewan MSN di Telipot di sini, pada Jumaat.
Bendera itu diserahkan kepada Ketua Kontinjen SUKMA Kelantan Datuk Rosmadi Ismail.
#Ahmad Jazlan Yaakub #air #Kelantan #Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah #Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd
;