Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim

Bernama
Februari 16, 2023 18:38 MYT
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Perkara itu disuarakan beliau ketika kunjungan hormat Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Algeria ke Malaysia, Saad Maandi di Parlimen hari ini.
"Pada masa ini Algeria banyak mengeksport bekalan bahan-bahan kimia dan kurma ke negara ini," kata Rais dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.
Kenyataan itu turut menyebut dalam pertemuan berkenaan, Rais telah mencadangkan agar Malaysia menghantar wakil ke Algeria untuk memperkenalkan kebudayaan dan kesenian Malaysia ke Algeria, di samping mempelajari kebudayaan masyarakat di negara itu.
-- BERNAMA
#kerjasama dua hala #Malaysia Alegria #Yang Dipertua Dewan Negara #Rais Yatim
;