Kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ikut S.O.P

Aizat Sharif
Jun 7, 2013 05:26 MYT
Kerja-kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurut Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd, Datuk Prof Ir Dr Ismail Mohamed Taib, kerja-kerja pembinaan itu sememangnya telah melalui S.O.P.
“Berdasarkan SOP yang ditetapkan, kita memang telah mengikut aturannya terutama bagaimana untuk meluluskan kerja-kerja ini,” katanya kepada Astro Awani.
Selain itu juga, UEM Builders Bhd, iaitu salah satu syarikat kontraktor yang terbabit dalam kerja-kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang menegaskan bahawa mereka bukanlah kontraktor utama yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut.
Dalam satu kenyataannya, UEM Builders Bhd UEM Builders Berhad telah diberikan kontrak kerja pembinaan jambatan “Superstruktur” meliputi kerja penuangan dan pemasangan konkrit sebanyak 8,092 segmen kekotak konkrit pra-tuang untuk struktur rentangan jambatan dan tidak melibatkan kerja-kerja pembinaan struktur di kawasan runtuhan iaitu di Persimpangan Batu Maung.
Setiap segmen mempunyai ketinggian sebanyak tiga meter, dan empat meter panjang berserta kelebaran sebanyak 14 meter dan berat purata antara 70 tan hingga 110 tan. Setiap segmen dibuat secara individu dan dipadankan dengan segmen yang bersebelahan dengannya.
Proses penuangan atau pembuatan setiap segmen mengambil masa selama 24 jam sehingga 72 jam bergantung kepada jenis segmen yang perlu dihasilkan.
Laporan berita selanjutnya dapat diikuti menerusi video yang telah disediakan.
#Datuk Prof Ir Dr Ismail Mohamed Taib #Jambatan Kedua Pulau Pinang #Prosedur Operasi Standard (SOP)