Kerja pembersihan selesai, Lebuhraya KL-Karak dibuka semula kepada pengguna

Astro Awani
Januari 4, 2022 11:25 MYT
Laluan Kuala Lumpur ke Karak di KM77 - KM79 hala timur telah dibuka kepada pengguna pada jam 3.00pagi. -Foto Facebook Lebuhraya Pantai Timur
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang km77 – Km78 arah timur Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak telah siap dan ia dibuka semula kepada pengguna bermula awal pagi tadi.
Pengguna lebuh raya yang ingin ke pekan Karak tidak perlu membuat pusingan ‘u’ sebelum Plaza Tol Karak dan boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Bagaimanapun pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan ‘u’ di Plaza Tol Karak.
Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM70 sudah dibuka sepenuhnya.
Namun, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua di KM74.8 hingga KM77.3 untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua.
Pihak pengendali lebuh raya itu sebelum ini memaklumkan beberapa laluan ditutup sementara berikutan dinaiki air dan tanah runtuh.
#Lebuhraya Kuala Lumpur Karak #tanah runtuh #kerja pembersihan dan pembaikan #tidak perlu membuat pusingan u
;