Kerja-kerja laporan PPDUEC masih berbaki 20 peratus
Nursyazwani Saiful Sham
Oktober 4, 2019 20:40 MYT
Oktober 4, 2019 20:40 MYT
Pasukan Petugas Khas Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) masih mempunyai baki 20 peratus lagi kerja-kerja pelaporan yang perlu disiapkan sebelum melengkapkan laporan dan syor kepada Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam satu kenyataan pada Jumaat memberitahu kementerian itu mengambil maklum bahawa laporan tersebut dijangka siap menjelang akhir Oktober 2019.
Kabinet pada Oktober 2018 telah mengeluarkan arahan penubuhan PPDUEC dengan mandat menyiapkan laporannya enam bulan daripada tarikh itu.
KPM pada masa berharap laporan itu dapat disegerakan untuk dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat.
Terdahulu, Presiden PPDUEC, Eddin Khoo dilaporkan berkata mereka masih kini dalam peringkat akhir menyiapkan laporan berhubung pelaksanaan sistem itu sebelum diserahkan kepada KPM hujung bulan ini.
Pada masa sama, mereka masih menerima sebarang maklum balas termasuk satu perjumpaan bersama ahli Parlimen pada 16 Oktober ini.
#Eddin Khoo
#kabinet
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#laporan
#Pasukan Petugas Khas Sijil Peperiksaan Bersepadu
#PPDUEC