KUALA LUMPUR: Kerja-kerja kecemasan membaiki paip pecah berhampiran Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang, telah siap dilaksanakan pada 2 petang hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan berkata bekalan air mula disalurkan pada 2.30 petang secara berperingkat ke 145 kawasan di wilayah Sepang dan 11 kawasan di Kuala Langat.
"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 10 pagi, Rabu, 20 Okt (esok)," katanya.
Menurut Elina tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza, bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
Beliau berkata Air Selangor masih menggerakkan bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Katanya, para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki tersebut.
Orang ramai boleh merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden tersebut, selain Pusat Bantuan di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 19 2021

Elina (gambar) memaklumkan bekalan air mula disalurkan pada 2.30 petang secara berperingkat ke 145 kawasan di wilayah Sepang dan 11 kawasan di Kuala Langat. - Foto Air selangor
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.

Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.

Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.

Bekalan air kepada kira-kira 70 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas dipulihkan
Bekalan air kepada kira-kira 70 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas di Pulau Pinang berjaya dipulihkan pada pukul 2 petang tadi.

RM935 juta diperuntukkan ganti 1,000km paip lama di Johor
Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program penggantian kira-kira 1,000 kilometer (km) paip lama yang berusia lebih 40 tahun di seluruh negeri ini.

Tanah runtuh Bukit Tunku: 'Ada kemungkinan tanda-tanda sudah lama muncul'
Berdasarkan penerangan awal pihak bomba, ada kemungkinan tanda-tanda awal sudah muncul untuk beberapa lama.

Paip pecah: Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air di kesemua 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam telah pulih sepenuhnya jam 6 pagi, pada Ahad.

Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih 25.5 peratus
Air Selangor memaklumkan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat ke premis pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.

Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus
Gangguan bekalan air dialami 3,962 akaun dari Chaah hingga ke Kampung Sungai Haji Kamisan.

Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air
Kerja-kerja membaiki paip pecah berkenaan sedang dilaksanakan bermula jam 6.30 pagi tadi.