Kereta terjunam dalam lombong 15 meter di Sungai Siput
Abd Razak Mohd Ali
Mac 15, 2021 13:44 MYT
Mac 15, 2021 13:44 MYT
SUNGAI SIPUT: Sebuah kereta terjunam ke dalam lombong pada kedalaman 15 meter berhampiran sebuah pasar raya di Taman Lintang Perdana di sini, hari ini.
Pihak polis telah menemui beg duit dan sepasang selipar di tebing lombong tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak berkata, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 7.20 pagi.
Menurutnya, maklumat daripada pihak polis, terdapat sebuah kereta Proton Satria telah terjatuh ke dalam lombong berkenaan.
“Operasi pencarian masih diteruskan melibatkan pencarian di permukaan dan penyelaman,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi mencari dan menyelamat itu disertai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, enam anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar dan tujuh anggota polis.
#kereta
#jatuh
#lombong
#Sungai Siput
#JBPM Perak
#Kuala Kangsar
#terjunam
#pasar raya
#Taman Lintang Perdana
#operasi
#pencarian
#beg duit
#selipar