Kereta terbakar di rumah pegawai KPDNKK bukan perbuatan khianat

Bernama
November 8, 2016 11:22 MYT
Kebakaran kereta jenis Honda yang dipandu isteri pegawai KPDNKK itu dipercayai berpunca daripada enjinnya yang terbakar. -Gambar hiasan
Sebuah kereta milik pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terbakar di hadapan rumahnya, di Presint 9 di sini malam tadi, dan polis menolak andaian ia ada kaitan dengan perbuatan khianat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan berkata kebakaran kereta jenis Honda yang dipandu isteri pegawai KPDNKK itu dipercayai berpunca daripada enjinnya yang terbakar, sekembalinya beliau dari kedai dalam kejadian kira-kira 8 malam itu.
"Enjin terbakar sendiri. Tiada perbuatan khianat atau jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini. --BERNAMA
#bukan khianat #enjin terbakar #kereta terbakar #pegawai kpdnkk #Rosly Hasan
;