Kereta remuk dihempap bahan binaan bangunan terjatuh di Jalan Ampang

Fareez Azman
Januari 13, 2023 15:47 MYT
Ketika kejadian, pemandu kenderaan itu berada di dalam sebuah premis serbaneka untuk membeli barangan. - Ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Sebuah kereta remuk teruk selepas dihempap bahan binaan yang terjatuh di Jalan Ampang di ibu negara pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi tadi
Mujurlah ketika kejadian, pemandu kenderaan itu berada di dalam sebuah premis serbaneka untuk membeli barangan.
Bagaimanapun, objek dipercayai sekeping besi staging digunakan untuk binaan bangunan 80 tingkat terjatuh dari tingkat 56 dan menghempap bahagian atas kenderaan terbabit.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
#kereta remuk #jalan ampang #besi jatuh #Polis Dang Wangi
;