Kereta rempuh tempat menunggu bas, 2 sahabat maut

Dewi Nur Harasha Alias
Mei 12, 2019 07:46 MYT
Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan 'rescue tool' dan selesai sepenuhnya kira- kira jam 5.56 pagi tadi.- Foto Astro AWANI
Dua rakan terbunuh selepas kereta jenis Proton Pesona yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tempat menunggu bas dalam kejadian di Lebuh Maccalum, George Town, awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Andy Meyrick, 25, dan Jusse D. Dolisip, 29, maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan yang terbalik itu.
Menurut jurucakap pasukan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.30 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba pihak bomba mendapati mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang.
Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan 'rescue tool' dan selesai sepenuhnya kira- kira jam 5.56 pagi tadi.
Pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) mengesahkan kedua- dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke HPP.
#bomba #George Town #Hospital #Lebuh Maccalum #maut #mayat #meninggal dunia #Proton #tempat menunggu bas
;