Kereta Myvi edisi khas sempena Hari Wilayah

Astro Awani
Januari 23, 2013 18:39 MYT
Sebuah kereta Myvi edisi khas menanti warga kota sempena majlis pelancaran Hari Wilayah persekutuan tahun ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, itu tarikan utama sambutan yang dijangka dihadiri lebih 15,000 warga kota, 2 Februari ini.
Ujar Ahmad Phesal, acara cabutan bertuah itu merupakan yang pertama kali diadakan selepas 38 sambutan sebelum ini.
Turut ditawarkan sebuah motor Honda EX5, selain hadiah lain seperti basikal, dan pakej pelancongan.
Sambutan kali ini merupakan yang ke sembilan menggabungkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Tambah Ahmad Phesal, ’Kenduri 1Wilayah’ pada 17 Februari merupakan perjumpaan penduduk serentak yang melibatkan aktiviti sukaneka dan gotong royong rakyat di Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut memberi hadiah pengurangan kompaun trafik RM30 sepanjang Februari ini.
Dalam pada itu, sambutan Hari Wilayah tahun ini turut disokong pihak swasta dengan pelbagai promosi.
Antaranya pakej istimewa keluarga masuk ke Aquaria KLCC, bayaran hanya RM1 untuk menaiki bas ‘hop on hop off’ dan masuk ke taman burung pada 1 Februari depan.
#Datuk Ahmad Phesal Talib #DBKL #Hari Wilayah #kenduri 1Wilayah
;