Kereta mewah ditahan: Aliff Syukri serah pada peguam
Astro Awani
Januari 1, 2018 14:11 MYT
Januari 1, 2018 14:11 MYT
Bagi mengelak sebarang spekulasi, pengasas syarikat D'Herbs, Datuk Aliff Syukri, mengarahkan peguamnya menguruskan isu kereta mewah dipercayai miliknya yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Jalan Bangsar, malam tadi.
Sumber pengurusan syarikat D'Herbs berkata, segala urusan berkaitan undang-undang berhubung rampasan kereta itu sedang diuruskan oleh peguam dan sebarang kenyataan mengenainya akan dikeluarkan.
Ini berikutan, Aliff masih lagi berada di luar negara kerana bercuti.
Ketika disita, kereta Rolls Royce itu dipandu oleh seorang warga Australia yang tidak memiliki lesen memandu yang sah di negara ini dan rakannya pula tiada dokumen perjalanan sah.
Kereta itu ditahan dalam Ops Patuh sempena ambang tahun baharu 2018.
Hasil pemeriksaan mendapati, kereta mewah itu memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) Sarawak, di mana menjadi satu kesalahan menggunakan kenderaan yang memilki LKM Sarawak atau Sabah, di Semenanjung.
Difahamkan, warga Australia itu menyewa kereta melalui syarikat kereta sewa dipercayai milik Aliff.
#Aliff Syukri
#Australia
#cukai
#D'Herbs
#JPJ
#kereta
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Tahun Baharu 2018
#undang-undang