Dua orang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Tun Fuad Stephen di sini awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supritendan George Rakman ketika dihubungi berkata nahas berlaku sekitar pukul 2.41 pagi.

Siasatan awal polis mendapati kereta Toyota Vios yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok pembahagi jalan.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Haidil Amran, 23, berasal dari Kunak dan Nur Azlina T. Tan Lian Chew, 22, dari Tawau Sabah.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Haidil Amran, 23, berasal dari Kunak dan Nur Azlina T.  Tan Lian Chew dari Tawau Sabah. - Foto PDRM Kota Kinabalu
Impak kemalangan menyebabkan kedua mangsa tersepit dan mengakibatkan kenderaan mereka remuk dengan teruk.

Pihak ambulan yang tiba di lokasi kejadian sejurus itu mengesahkan kedua mangsa meninggal di lokasi tersebut.

Siasatan awal polis mendapati kereta Toyota Vios yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok pembahagi jalan. - Foto PDRM Kota Kinabalu
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.