Kereta Kancil viral akhirnya ditahan

Sinar Harian
September 23, 2019 04:00 MYT
Pemandu Perodua Kancil hijau ditahan polis di KM15 Jalan KL-Ipoh Jumaat lalu. -Foto Sinar Harian
Sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hijau yang tular minggu lalu disebabkan keadaannya usang, tetapi masih gah di atas jalan raya ditahan polis di KM15 Jalan KL-Ipoh di sini Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata kenderaan itu ditemui di bahu jalan bersama pemandu pada jam 10 pagi hasil maklumat awam.
Menurutnya, kereta itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati cukai jalan tamat tempoh sejak September tahun lalu.
"Pemandu kenderaan yang berusia 45 tahun dan beralamat dari Raub, Pahang itu juga turut ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu.
"Tindakan penahanan kenderaan tersebut di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
#'Seksyen 64 #Akta Pengangkutan Jalan 1987 #Arsad Kamaruddin #cukai jalan tamat tempoh #Kancil hijau #kereta usang #Perodua Kancil