Kereta dipandu lawan arus hampir bertembung lori

Sinar Harian
Ogos 28, 2024 18:50 MYT
Tangkap layar video tular pemandu Honda Civic lawan arus hampir menyebabkan kemalangan bertembung sebuah lori yang datang dari arah depan. -Sinar Harian
GOMBAK: Tindakan seorang pemandu kereta melawan arus di Jalan Taman Industri Integrasi Rawang 2 hampir menyebabkan kemalangan bertembung dengan sebuah lori.

Ringkasan AI
  • Seorang pemandu kereta melawan arus di Jalan Taman Industri Integrasi Rawang 2 hampir menyebabkan kemalangan dengan sebuah lori. Video kejadian berdurasi satu minit 33 saat tular di media sosial.
  • Kejadian berlaku pada Isnin jam 7.50 pagi. Pemandu Honda Civic berusia 41 tahun telah hadir ke bahagian trafik untuk memberikan keterangan, sementara pemandu lori masih belum hadir.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Video kejadian berdurasi satu minit 33 saat tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada Isnin jam 7.50 pagi.
Menurutnya, Honda Civic berkenaan dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Ijok ke Taman Industri Integrasi Rawang 2.
"Lelaki tersebut telah memandu secara melawan arus sebelum sebuah lori datang dari arah bertentangan.
"Pemandu lori sempat memberhentikan kenderaan di depan kereta tersebut menyebabkan tiada kemalangan berlaku," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, pemandu Honda Civic tersebut telah hadir ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk memberikan keterangan.
"Sementara pemandu lori masih belum hadir memberi keterangan.
"Kes di siasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan. -Sinar Harian
#lawan arus #video tular #Honda Civic #bertembung lori