Kereta dihanyut arus, dua beranak berpaut pada Toyota Vios berjaya diselamatkan

Abd Razak Mohd Ali
Mei 5, 2021 22:14 MYT
Anggota bomba menggunakan dua tali yang diikat pada sebatang pokok untuk menyelamatkan mangsa. - Gambar/ JBPM
IPOH: Dua beranak berjaya diselamatkan bomba selepas kereta yang dinaiki dihanyutkan arus di sebuah kawasan dusun di Sungai Meru di sini, hari ini.
Dalam kejadiam jam 6.04 petang itu, wanita berusia 47 tahun dan anak perempuannya berusia 19 tahun, terperangkap dan terpaksa berpaut pada kereta itu kerana tidak dapat menyeberang ke tempat selamat.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Semasa tiba, didapati dua orang mangsa terperangkap di tepi sebuah kereta yang tersekat di kawasan air deras sedalam satu meter.
"Anggota bomba menggunakan dua tali yang diikat pada sebatang pokok untuk menyelamatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, kereta dua beranak itu tidak dihanyutkan arus ke tempat lebih jauh berikutan arus semakin perlahan sebelum air di kawasan itu surut tidak lama kemudian.
AWANI Ringkas: Ibu, anak terperangkap dalam arus
#kereta dihanyut arus #dia beranak #terperangkap #berpaut #Toyota Vios #putih #diselamatkan anggota bomba #Dusun #Sungai Meru #Ipoh
;