Kereta BMW musnah terbakar
Jun 5, 2020 18:33 MYT
Dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, mangsa yang juga wanita berusia 42 tahun yang memandu kereta itu menyedari kereta tersebut mempunyai masalah apabila ternampak asap di bahagian depan kereta itu.
Berikutan itu, mangsa memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan dan keluar dari kenderaan sebelum menghubungi bomba.
Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik apabila sejurus keluar dari kereta, api terus merebak dengan pantas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.57 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohamad Farid Abdullah tiba di lokasi jam 4.04 petang.
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan sebanyak 90 peratus.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi disertai enam anggota dan sebuah jentera dari BBP Pendang.
Beliau berkata, operasi dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pendang dan Kota Sarang Semut.