Kerajaan umum empat langkah intervensi tambahan tangani isu beras - Mohamad Sabu

Umavathi Ramayah
Oktober 2, 2023 16:38 MYT
Mohamad Sabu berkata, antara intervensi itu adalah pemerkasaan edaran BPT menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan empat langkah interversi tambahan termasuk menyerap harga beras putih import (BPI) bagi menangani masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran.
Menteri Pasaran dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan juga akan menumpukan pemerkasaan edaran BPT menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
"Kerajaan mengarahkan Fama untuk meningkatkan kapasiti pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk ke kedai-kedai runcit," katanya dalam sidang media khas di sini, pada Isnin.
Selain itu, tiga lagi intervensi itu adalah:
Op BPT ini akan memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan di kesemua peringkat rantaian pembekalan BPT.
Kerajaan laksana empat langkah intervensi
Sementara itu, Mohamad menambah, empat intervensi itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan bersamanya, pada pagi Isnin.
Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik sebaliknya membeli seperti biasa dan mengikut keperluan.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, fenomena kenaikan harga beras ini bukan hanya berlaku di Malaysia malah turut melibatkan negara serantau.
Menurutnya, sebanyak 19 negara mengambil ketetapan untuk membataskan eksport ke negara luar untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.
"Sebagai contoh negara India telah mengenakan sekatan eksport beras mulai Julai lalu dan telah memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih global," jelasnya.
#Mohamad Sabu #FAMA #beras tempatan #kpdn
;