Kerajaan tidak pernah bincang kurangkan bilangan penjawat awam - Fahmi

Bernama
Februari 17, 2023 20:48 MYT
Fahmi berkata kerajaan sentiasa menghargai kerjasama penjawat awam selama ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang rancangan atau perbincangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan sentiasa menghargai kerjasama penjawat awam selama ini.
"Berita 757 oleh Awesome TV siarkan kononnya ada cadangan daripada 'pemerhati' untuk kurangkan bilangan penjawat awam.
"Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan.
"Oleh itu, saya meminta Berita 757 untuk memberi penjelasan tentang idea dan cadangan mengarut ini," katanya dalam hantaran di Twitter hari ini.

Berita 757 oleh Awesome TV siarkan kononnya ada cadangan dari "pemerhati" untuk kurangkan bilangan penjawat awam. Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan.

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) February 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Fahmi Fadzil #penjawat awam #penafian kerajaan #Kerajaan Perpaduan
;