Kerajaan tidak menganaktirikan kebajikan rakyat Kelantan - Anthony Loke
Ridauddin Daud
Februari 22, 2023 14:37 MYT
Februari 22, 2023 14:37 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus menambah baik perkhidmatan kereta api di Kelantan dari semasa ke semasa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, buat masa ini MOT sedang meneliti skop yang sesuai untuk menambah baik Stesen KTM Dabong, Kelantan.
Menurutnya, semua aspek termasuk kewangan, komersial dan teknikal akan diambil kira dalam proses penambahbaikan itu.
“Satu inisiatif baharu juga telah dilaksanakan oleh MOT iaitu menawarkan perkhidmatan tren percuma kepada golongan OKU dan semua pelajar di semua stesen-stesen komuter sepanjang lalaun di Lembah Klang, Utara, dan Pantai Timur.
“Ini memberi manfaat kepada masyarakat di Kelantan khususnya pelajar sekolah yang mendapat perkhidmatan percuma yang guna tren KTM dari rumah ke sekolah.
“Ini membuktikan kerajan sekarang tidak menganaktirikan kebajikan rakyat-rakyat di Kelantan dan kita akan terus tambah baik perkhidmatan ini (perkhidmatan tren) di Kelantan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi menteri-menteri menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
-ENDS-