Kerajaan tidak berhasrat tutup SJKC

Astro Awani
April 29, 2013 21:27 MYT
Kerajaan sentiasa mendorong dan membantu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam usaha memberi pendidikan terbaik kepada kaum Cina.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak pernah
menganaktirikan sekolah jenis kebangsaan kerana ia sebahagian daripada sistem pendidikan nasional.
Muhyiddin berkata demikian semasa berucap melancarkan projek pembinaan jejantas pejalan kaki di SJKC Wen Hua dan Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka.
Beliau meminta masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang terutamanya ketika musim pilihan raya umum ini yang mendakwa bahawa kerajaan meminggirkan SJKC.
Selain itu katanya, kementerian juga memberikan peruntukkan RM100 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
#sekolah jenis kebangsaan cina #SJKC #Tan Sri Muhyiddin Yassi #Timbalan Perdana Menteri
;