Kerajaan tidak benarkan ekspatriat bercuti jika sudah masuk Malaysia

Astro Awani
Julai 14, 2020 15:16 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan, jika didapati melanggar peraturan ini,mereka tidak akan dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga satu tarikh yang ditetapkan.
Ekspatriat yang telah dibenarkan masuk ke Malaysia untuk bekerja atau menguruskan syarikat mereka tidak dibenarkan kembali keluar Malaysia untuk bercuti.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan, jika didapati melanggar peraturan ini, mereka tidak akan dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga satu tarikh yang ditetapkan.
"Kita mendapat permohonan dari ekspatriat EP1 ini. Pengurusan tertinggi syarikat yang dibenarkan masuk sebab mereka menguruskan pelaburan mereka di Malaysia atau pengurus syarikat lain. Kita menerima permohonan dari mereka untuk bercuti.
"Mesyuarat membuat keputusan tidak membenarkan sesiapa pun di Malaysia, ataupun menjadi pengurus kepada syarikat lain. Kita menerima permohonan mereka untuk bercuti. Mesyuarat tidak membenarkan sesiapa keluar bercuti, termasuk ekspatriat," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, jika tetap mahu bercuti, mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan.
"Kalau mereka nak keluar juga, kita tak benarkan. Kita perlu berlaku adil sebab rakyat kita juga kita tak benarkan bercuti. Misalnya yang sambung pelajaran. Mereka tidak dibenarkan untuk bercuti," ujarnya lagi.
#bercuti #Ekspatriat #ismail sabri yaakob #kerajaan #Kerajaan tidak benarkan ekspatriat bercuti #Malaysia #menteri #pelaburan #PKPP #rakyat
;