Kerajaan tidak akan benarkan rasuah berleluasa dalam proses membawa masuk pekerja asing

Bernama
November 6, 2018 21:31 MYT
Dr Mahathir berkata sesuatu kepada Menteri Luar Jepun Toshiko Abe (tiga, kanan) ketika hadir menyampaikan ucapan pada Persidangan JAMECA-MAJECA Ke-36 dan Forum Perniagaan Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA
Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara terlibat dalam proses membawa pekerja asing ke dalam negara.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata di bawah pentadbiran sebelum ini, proses membawa masuk pekerja asing ke dalam negara banyak melibatkan perbuatan rasuah.
"Sekarang ini kita ada dasar yang lebih teratur mengenai pengambilan pekerja asing, kita tidak akan benarkan sama sekali sebarang perbuatan rasuah, atau jual beli pekerja, atau membawa masuk pekerja ke dalam negara secara haram.
"Kita hanya mahukan mereka yang mempunyai pekerjaan untuk datang ke Malaysia," katanya dalam sesi dialog pada Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) ke-36 dan Forum Perniagaan Malaysia di sini pada Selasa.
BACA: Beritahu kami insentif apa anda mahu, kami sedia dengar
BACA: Ini masa paling sesuai untuk pelabur asing datang ke Malaysia
Dr Mahathir berada di sini untuk lawatan tiga hari ke Jepun.
-- BERNAMA
#haram #Jameca #Jepun #kerajaan #Mahathir Mohamad #Malaysia #pekerja asing #pekerjaan #Rasuah #undang-undang