Kerajaan tidak akan beli Proton

Astro Awani
Mei 23, 2018 15:05 MYT
Proton kini dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. - Gambar hiasan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan tidak berhasrat membeli semula syarikat kereta nasional, Proton Holdings.
Menurut PM Mahathir, Proton kini dimiliki oleh hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
“Proton adalah milik Syed Mokhtar. Sama ada dia nak beli balik atau tidak, itu terpulang kepada beliau. Kerajaan tidak berhasrat untuk beli balik Proton,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya, hari ini.
Sebelum ini, syarikat dari China, Geely membeli 49.9 peratus pegangan dalam Proton.
PM Mahathir turut memaklumkan, buat masa ini meskipun harga pasaran minyak dunia meningkat namun, kerajaan akan tetap mengekalkan harga semasa petrol di stesen minyak.
Bagaimanapun katanya, kerajaan masih belum membincangkan isu subsidi minyak.
BACA: Mana mungkin kerajaan biarkan Proton lingkup dan tergadai - PM Najib
#bahan api #kabinet #kerajaan #Mahathir Mohamad #minyak mentah #Najib Razak #Perdana Menteri #Proton #Syed Mokhtar al Bukhary
;