Kerajaan tidak akan bayar ganti rugi
Astro Awani
Januari 6, 2013 07:11 MYT
Januari 6, 2013 07:11 MYT
Keputusan sama ada untuk merobohkan bangunan rumah yang terletak berhampiran dengan kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa, bergantung kepada Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Cerun 2010 serta perbincangan lanjut pihak pemaju dan penduduk terlebih dahulu.
Itu penjelasan yang diberikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin./
Beliau tetap kekal dengan pendirian sebelum ini yang mana kerajaan tidak akan membayar ganti rugi kepada penduduk dan kawasan sekitarnya setelah kawasan kediaman mereka disahkan tidak selamat.
Ini kerana perkara berikut harus diselesaikan antara pemaju dengan pembeli sendiri kerana mereka membeli di kawasan yang berisiko tinggi.
Katanya adalah tidak adil jika kerajaan perlu menanggung kos yang sepatutnya ditanggung pihak pemaju.
Tegasnya tanggungjawab kerajaan hanya untuk memastikan keselamatan dan memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa yang terlibat.
Sebelum ini rumah milik Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis, berkemungkinan akan dirobohkan.
Tindakan itu bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran dibina.