TAWAU: Kerajaan akan terus mempertingkat keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sejajar kesungguhan kerajaan untuk menjaga kedaulatan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan terus memberi tumpuan yang tinggi di kawasan itu bagi menjamin keselamatan rakyat di Sabah pada setiap masa.
"Kita faham juga apabila ada berita-berita yang mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang mencari rezeki, yang berniaga, yang menjalankan aktiviti harian maka soal keselamatan (adalah) perkara yang paling penting.
"Pasukan komunikasi dikehendaki membuat liputan sepenuhnya perkara (berkaitan usaha keselamatan) yang sedang berjalan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 23 individu menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi PEDi bagi zon 6 yang melibatkan Parlimen Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kalabakan.
Annuar, yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Sabah bermula hari ini, berkata beliau juga akan berpeluang menyaksikan secara dekat operasi keselamatan melibatkan kawasan kepulauan.
Semasa lawatan itu, Annuar turut mengadakan pertemuan dengan rakyat di kawasan terbabit untuk mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman mereka daripada aspek keselamatan dan kos barang selaras dengan tanggungjawab beliau sebagai Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.
"Pada Sabtu ini, saya akan bersarapan dengan penduduk kampung di Pulau Bum Bum supaya kita dapat berkomunikasi dengan rakyat.
"Saya suka untuk dapatkan maklum balas tentang apa yang mereka lalui, dari segi keselamatan, harga barang, kos sara hidup dan talian perhubungan," katanya.
Annuar berkata beliau juga akan meninjau beberapa menara komunikasi di Pulau Bum Bum sebagai sebahagian Program Kembara Connecitivity untuk meningkatkan lagi mutu capaian jalur lebar di seluruh Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022
Kerajaan akan terus memberi tumpuan yang tinggi di kawasan itu bagi menjamin keselamatan rakyat di Sabah pada setiap masa. - Gambar fail/ Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Perintah berkurung dijenama semula Perintah Kawalan ESS ZONE Sabah - KPN
Perintah berkurung dilaksanakan di perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan di Sabah dijenamakan semula sebagai ESS ZONE Sabah.
Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 9 Februari
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu yang berakhir esok, kini dilanjutkan sehingga 9 Februari depan.
Bulan Kemerdekaan: ESSCOM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di pos keselamatan
Pengagihan Jalur Gemilang itu bukan sahaja kepada petugas di pos kawalan, malah kepada masyarakat awam yang melalui kawasan berkenaan.
Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan dilanjutkan selama 14 hari.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi
Perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Polis kesan cubaan pengganas masuk ke perairan Sabah, tegas keselamatan terkawal
Polis mengesan cubaan masuk anasir yang mengancam keselamatan negara termasuk pergerakan pengganas ke kawasan perairan Sabah.
Anggota Abu Sayyaf ditembak mati bukan dalam 21 senarai dikehendaki - ESSCom
Pada bulan Januari, ESSCom mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di ESSZone termasuk lima nama baharu.
KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyarankan agar perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ditarik balik.
Perintah berkurung di Esszone dilanjut ke 30 Julai
Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Cubaan seludup 18 tong gas di perairan Tawau gagal
Suspek warga tempatan yang berumur 33 tahun itu dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan tersebut ke Indonesia.