Kerajaan tambah anggota, aset perkasa Ops Benteng

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 3, 2020 17:17 MYT
Keputusan itu dicapai menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail/APMM
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menambah aset dan anggota keselamatan bagi memperkasakan kawalan di Pantai Timur Sabah melalui Operasi Benteng untuk menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya melalui lorong-lorong tikus.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dicapai menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Sabtu.
"Bagi mereka yang ditahan di dalam Ops Benteng sama ada PATI atau yang berdokumen, mereka tetap akan dikuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.
BACA: Kerajaan tiada hasrat laksana semula PKP di seluruh negara - Ismail Sabri
BACA: Kerajaan benarkan pemimpin ke luar negara atas urusan rasmi - Ismail Sabri
"Keputusan ini dibuat memandangkan kebanyakan kes-kes positif COVID19 di Sabah adalah berpunca dari kes import dari negara-negara jiran," katanya pada sidang media di Putrajaya pada Sabtu.
Jelasnya, kebanyakkan kes jangkitan COVID-19 dalam negara pada ketika ini berpunca daripada PATI yang bolos masuk ke negara ini.
#Muhyiddin Yassin #ismail sabri yaakob #Perdana Menteri #Majlis Keselamatan Negara #Pantai Timur #koronavirus #keselamatan #COVID-19 #Ops Benteng #MKN #pati #lorong tikus #pendatang asing tanpa izin
;