Ringkasan AI
- Kerajaan menegaskan subsidi diesel tidak akan dihapuskan tetapi disasarkan semula untuk menangani ketirisan.
- Subsidi diuruskan melalui SKDS di stesen minyak dan Budi Madani untuk kenderaan awam dan bantuan tunai.
- KPDN mengawal selia SKDS, manakala keputusan pengapungan harga diesel akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
Sebaliknya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
"Subsidi diesel tidak dihapuskan dan dimansuhkan tetapi disasarkan melalui dua kaedah. Pertama subsidi harga runcit di stesen minyak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang beri manfaat kepada 410,000 kenderaan.
"Kedua subisidi bantuan tunai melalui Budi Madani diselaraskan Kementerian Kewangan. Jadi subsidi diteruskan bersasar, bertujuan membendung isu ketirisan disebabkan pemberian secara pukal," katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka SKDS 2.0 di Putrajaya, pada Khamis.
Ditanya jika pelaksanaan SKDS dan Budi Madani akan membawa kepada pengapungan harga diesel, Armizan berkata perkara itu akan diumumkan kemudian oleh Kementerian Kewangan.
"Tanggungjawab kita di KPDN adalah untuk mengawal selia SKDS, iaitu pemberian subsidi diesel melalui sistem kawalan bersubsidi," ujarnya.