KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan keseriusan kerajaan untuk menggubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam.
Beliau berkata, langkah kerajaan mengkaji semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) memberi mesej jelas kepada sektor swasta, agar tidak hanya mementingkan keuntungan tinggi dan mengetepikan pekerja mereka.
"Ini kerana anak-anak muda dan para graduan bertanya apakah nasib mereka di sektor swasta? Maka diperkenalkan Dasar Gaji Progesif ini," katanya ketika menyampaikan Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam tadi.
Anwar berkata, pada 1 Mei, beliau mengumumkan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai Disember ini, setelah belasan tahun tidak disemak.
Selain itu, beliau berkata, pelbagai usaha dilaksanakan bagi mendukung ekonomi rakyat dan meningkatkan kemahiran bakat tempatan supaya gaji yang diraih lebih munasabah.
Perdana Menteri berkata, ini termasuk menambah baik ekosistem perniagaan bagi menyokong industri baharu yang mempunyai daya saing dan bernilai tinggi, supaya pelaburan dapat ditingkatkan ke dalam ekonomi tempatan agar kadar gaji rakyat meningkat ke tahap yang lebih bermakna.
Beliau berkata, industri tempatan diberi nilai tambah, khususnya sektor semikonduktor yang sedang mendapat tempat di mata dunia dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu menyasarkan pendapatan bulanan pekerja industri pembuatan meningkat sekurang-kurangnya RM4,500 menjelang 2030.
Bagi melahirkan lebih ramai bakat tempatan berkemahiran dalam kalangan anak muda, kerajaan juga melaksanakan kerjasama dengan gergasi industri dalam menstruktur semula Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.
"Kecerdasan Buatan (AI) juga diberi keutamaan melalui penubuhan Fakulti AI pertama negara (di Universiti Teknologi Malaysia) dan jaringan dengan semua disiplin AI di seluruh negara, pusat sains dan universiti-universiti," katanya.
Anwar berkata, Khazanah Nasional Bhd juga menggerakkan usaha melahirkan usahawan baharu sektor berpertumbuhan tinggi, dengan dana RM1 bilion.
Bagi menoktahkan kemiskinan tegar, beliau berkata kerajaan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dengan kerjasama kerajaan negeri dan sehingga kini mencatatkan kemajuan yang disifatkan beliau sebagai melegakan.
- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Menurut Anwar, langkah kerajaan mengkaji semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam memberi mesej jelas kepada sektor swasta, agar tidak hanya mementingkan keuntungan tinggi dan mengetepikan pekerja mereka. - Foto BERNAMA
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Presiden Turkmenistan adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Presiden Serdar Berdimuhamedow akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia dari 18 dan 19 Disember ini.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Anwar berhasrat wajibkan menteri alumni UM sumbang RM10,000 untuk pembangunan universiti
Langkah tersebut dapat membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan dan meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh kerajaan kepada universiti berkenaan.
Lawatan ke Malaysia buka jalan pelaksanaan projek bersama, keterjaminan makanan - Paetongtarn
Pertemuan Paetongtarn dengan Perdana Menteri Anwar mengukuhkan hubungan dua hala dan membuka jalan untuk mempercepat pelaksanaan projek bersama.
PM Thailand diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Paetongtarn Shinawatra disambut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada pukul 9 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
Manfaatkan karya Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam pembangunan ilmiah rakyat - Anwar
Kerajaan MADANI komited memanfaatkan gagasan pemikiran dan karya Profesor Diraja Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.
DRR, isu Kampung Bharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR), punca kenaikan kes jenayah pinjaman wang tidak berlesen dan penipuan kewangan serta isu Kampung Bharu menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.