KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor berharap bekalan elektrik dapat dipulihkan dan disegerakan bagi memastikan pintu air dapat beroperasi sepenuhnya.
Menurut Exco Infrastruktur dan Pertaniah negeri, Ir Izham Hashim, perkara itu penting bagi memastikan rumah pam di kawasan Sri Muda dapat beroperasi sepenuhnya.
Selain itu, Izham juga menjelaskan rumah pam dan pintu air perlu beroperasi bagi memastikan air banjir dapat dikeluarkan dari Taman Sri Muda.
"Aras banjir juga telah memberi kesan kepada rumah pam kekal di Kolam Takungan Banjir Taman Sri Muda untuk berfungsi menyalurkan air banjir.
"Pencawang elektrik TNB (Tenaga Nasional Berhad) yang tenggelam semasa banjir menyebabkan empat unit pam berkapasiti 2,000 liter per saat telah dihenti tugas akibat ketiadaan bekalan elektrik.
"Manakala, pengoperasian empat unit pam bergerak di pintu air Persiaran Budiman telah berjaya menurunkan aras banjir di Taman Sri Muda.
"Rumah pam dijangka akan beroperasi pada hari ini tertakluk kepada proses pengoperasian dan pembaikan komponen mekanikal dan elektrikal rumah pam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Izham turut memaklumkan, ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan pintu air tidak boleh beroperasi dengan sempurna.
Jelas beliau, pintu air dapat mudah dibuka dengan sempurna sekiranya bekalan elektrik tidak terganggu di kawasan tersebut.
"Namun ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan pintu air perlu dibuka secara manual dengan mengambil keadaan risiko pintu air akan rosak dan gagal berfungsi jika shaft besi kawalan pintu air bengkok atau berpintal.
"Oleh itu, tindakan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) Selangor adalah meneruskan pengepaman air dari saliran utama sehingga aras yang seimbang bagi mengurangkan tekanan kepada pintu air," katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, berikutan bekalan elektrik sudah dipulihkan, kerajaan Selangor menjangkakan banjir di Sri Muda, Shah Alam akan surut dengan lebih cepat.
Amirudin juga memaklumkan, pintu air yang tersekat sebelum ini dapat berfungsi semula selepas bekalan elektrik dipulihkan dan generator daripada TNB.
Astro Awani
Wed Dec 22 2021
![Kerajaan Selangor harap bekalan elektrik di Sri Muda pulih sepenuhnya - Exco Kerajaan Selangor harap bekalan elektrik di Sri Muda pulih sepenuhnya - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636461119_TBIZHAM.jpg)
Izham Hashim menjelaskan rumah pam dan pintu air perlu beroperasi bagi memastikan air banjir dapat dikeluarkan dari Taman Sri Muda. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Semakan tarif air perlu, syarikat air beroperasi dalam keadaan rugi - Exco Selangor Semakan tarif air perlu, syarikat air beroperasi dalam keadaan rugi - Exco Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647004897_WaterPipe.jpg)
Semakan tarif air perlu, syarikat air beroperasi dalam keadaan rugi - Exco Selangor
Kadar tarif air ketika ini adalah terlalu rendah sedangkan perbelanjaan modalnya (Capex) agak tinggi.
![Tarif air Selangor naik? Kerajaan negeri ambil kira semua pandangan Tarif air Selangor naik? Kerajaan negeri ambil kira semua pandangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452531050_WaterPipe.jpg)
Tarif air Selangor naik? Kerajaan negeri ambil kira semua pandangan
Penstrukturan air dan pengambilalihan Splash dijangka akan memberikan kesan terhadap kemampuan kerajaan negeri membiayai kos tersebut.