Kerajaan sekat kemasukan pemegang Pas Jangka Panjang dari India, Indonesia dan Filipina
Irwan Muhammad Zain
September 1, 2020 15:25 MYT
September 1, 2020 15:25 MYT
Kerajaan memutuskan untuk mengenakan sekatan kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang dari India, Indonesia dan Filipina bermula 7 September ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP pada Selasa.
Ismail Sabri menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes yang mendadak di negara-negara terbabit.
"Sekatan ini merangkumi yang pertama, penduduk tetap iaitu warganegara asing yang lama duduk sini dapat PR balik ke negara mereka dan nak balik sini, kita tidak benarkan.
"Kalau dulu kita benarkan, pemegang pas Malaysia My Second Home, untuk ketiga-tiga negara ini kita tidak benarkan.
"Ekspatriat semua kategori temasuk Profesional Visit Pass untuk tiga negara ini juga kita tidak benarkan.
"Pasangan kepada warganegara Malaysia serta anak-anak mereka yang sebelum ini kita benarkan tetapi untuk tiga negara ini juga tidak benarkan.
"Begitu juga pelajar dari India, Indonesia dan Filipina yang mahu kembali ke sini, kita tidak benarkan," katanya pada sidang media khas hari ini.
Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan membuat keputusan tersebut atas nasihat Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) bagi mengekan penularan dalam negara oleh kes-kes import COVID-19.
Walaubagaimanapun bagi negara-negara lain, kerajaan masih membuat kajian sebelum membuat keputusan termasuk negara yang bakal mengalami musim sejuk.
#COVID-19
#Filipina
#India
#Indonesia
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan
#Pas Jangka Masa Panjang
#sekat
#warganegara