Kerajaan sedia laksana hukuman alternatif pesalah syariah - Hamzah
Umavathi Ramayah
Mac 22, 2022 11:08 MYT
Mac 22, 2022 11:08 MYT
KAJANG: Kerajaan sedia melaksanakan hukuman alternatif kepada pesalah-pesalah syariah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Jabatan Kehakiman Syariah dengan kerjasama Jabatan Penjara telah mengeluarkan garis panduan perintah kehadiran wajib bagi pesalah syariah.
“Melalui pelaksanaan hukuman alternatif ini akan memberi ruang kepada pesalah untuk menjalani hukuman di luar penjara melalui Perintah Kehadiran Wajib (PKW) yang akan dilaksanakan secara meluas nanti.
“Saya yakin melalui pelaksanaan hukuman alternatif kepada Pesalah Syariah akan menjadi komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan keadilan yang diperuntukan oleh undang-undang terus dipelihara,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Penjara Ke-232 di Penjara Kajang, di sini pada Selasa.
#Hamzah Zainudin
#Jabatan Kehakiman Syariah
#pesalah syariah
#garis panduan perintah kehadiran wajib