Kerajaan sasar lahir 100,000 pekerja mahir menerusi akademi

Hilmi Malik
April 10, 2023 20:35 MYT
Rafizi berkata, perkara itu diputuskan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) setelah berbincang dengan pemain industri. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi akan mengenal pasti 10 buah syarikat bagi menubuhkan akademi khas yang mewujudkan silibus sejajar dengan keperluan sebenar.
Menterinya, Rafizi Ramli berkata, perkara itu diputuskan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) setelah berbincang dengan pemain industri.
"Ia akan dibentuk pada akhir Jun depan dan setelah tiga bulan, kerajaan berhasrat mahu negara melahirkan 100,000 pekerja berkemahiran,” katanya .
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Platform Pemudah di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Rafizi menyatakan, kerajaan hanya menumpukan bagi membina institusi latihan kemahiran.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak mengambil kita soal silibus dan kehendak pasaran.
Situasi itu telah mengakibatkan ada dalam kalangan mereka yang tidak memperoleh pekerjaan setimpal dengan kelayakan.
Sementara itu, mesyuarat kali kedua Pemudah untuk tahun ini turut memutuskan rangka kerja proses pemendekan permohonan visa bagi ekspatriat dan pekerja warga asing dari 90 hari ke lima hari.
#Rafizi Ramli #akademi #pekerja mahir #PEMUDAH
;